kat perubahan si rama-rama dari kepompong.Hidup kita sebelum ini adalah ibarat berada di dalam kepompong. Selamat, nyaman, aman dan terlindung. Kemudian, kita dianugerahkan sepasang sayap yang cantik. Anggap sahaja sayap itu adalah kelebihan dan kekurangan diri. Kita akan keluar dari kepompong itu dan cuba meneroka dunia luar dengan sepasang sayap itu. Sepasang sayap itu adalah keyakinan, ilmu, iman….dan apa sahaja yang menjadi bekalan untuk kita terbang jauh.
Mungkin sahaja kita akan diuji dengan tamparan angin yang menggila dan kita terhempas dipukul angin itu. Atau kita berdepan dengan ancaman-ancaman lain yang membuatkan kita ketakutan, sedih….terbang lari ke sana sini.

Aku ibaratkan diriku seperti rama-rama itu.
Terfikir seketika ‘ Alangkah baiknya aku kembali ke kepompongku. Disana aku terlindung. Selamat. Aman…”
Tapi sampai bila harus aku berlindung dalam kepompongku?Sampai bila aku harus takut berdepan dengan tiupan angin dan bahaya?
walaubagaimana pn aku berlindung di dalam kepompongku itu tp akhir nya aka di makan unggas juga..
kisah kehidupan si rama-rama baru shaja bermula..
si rama-rama yg terbang mengikut arus tiupan angin...
si rama-rama yg terbang bebas tiada penhujungnya...

No comments:
Post a Comment