Wednesday, November 2, 2011

Tanya Sama Hati...

                      Tanya Sama Hati

                  aku percaya gerak hati ini
                   kerana inikah jalan dari tuhan..

                   aku percaya kuasa hati ini
          kerana inilah bukti keajaiban Tuhan...

                  jadi kali ini aku sehabis nekad
                         untuk kesekian kali
                   cuma dia pilihan tepat
               jawatan pndamping yang sejati...

            biarkan tanpa cinta untuk waktu ini
                             biarkan saja....
            kerana sepenuh hati percaya lagi
           limpahan kebahagiaan pasti muncul nanti 
                       bersama dia ada disisi....
   
             ini yang terjadi bila aku tanya sama hati....


Monday, October 31, 2011

Air Mata Seorang Perempuan

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak.
Saya tidak mengerti ibu, kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis?ibumu menangis tanpa sebab yang jelas sang ayah menjawab.
Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

Tuesday, August 9, 2011

rama-rama dan wanita

Tertarik aku dengan satu nukilan dari Dr HM Tuah Iskandar al-Haj yang membicarakan tentang rama-rama dan wanita….artikel ni aku ambil kathttp://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=28770 elok benar kaum wanita merenungi nukilan yang begitu mantap tersebut. Aku muatkan ke dalam blog aku ni untuk dikongsi bersama.



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
butterfly-on-pink-flowerSulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
postman-butterflyKalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
 Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

kisah kehidupan si rama-rama...

Pernah tengok metamorfosis rama-rama? Bagaimana ia dari kepompong menjadi seekor rama-rama yang indah? Malam tadi ‘seseorang’ mengajar aku sesuatu yang boleh mengaitkan kehidupan ini dengan peringkat perubahan si rama-rama dari kepompong.





Hidup kita sebelum ini adal
ah ibarat berada di dalam kepompong. Selamat, nyaman, aman dan terlindung. Kemudian, kita dianugerahkan sepasang sayap yang cantik. Anggap sahaja sayap itu adalah kelebihan dan kekurangan diri. Kita akan keluar dari kepompong itu dan cuba meneroka dunia luar dengan sepasang sayap itu. Sepasang sayap itu adalah keyakinan, ilmu, iman….dan apa sahaja yang menjadi bekalan untuk kita terbang jauh. 



Mungkin sahaja kita akan diuji dengan tamparan angin yang menggila dan kita terhempas dipukul angin itu. Atau kita berdepan dengan ancaman-ancaman lain yang membuatkan kita ketakutan, sedih….terbang lari ke sana sini.




Aku ibaratkan diriku seperti rama-rama itu.



Terfikir seketika ‘ Alangkah baiknya aku kembali ke kepompongku. Disana aku terlindung. Selamat. Aman…” 




Tapi sampai bila harus aku berlindung dalam kepompongku?
Sampai bila aku harus takut berdepan dengan tiupan angin dan bahaya?
walaubagaimana pn aku berlindung di dalam kepompongku itu tp akhir nya aka di makan unggas juga..


aku bersyukur kerana dikurnia kan NYA sepasang sayap yang sempurna sifatnya...
kisah kehidupan si rama-rama baru shaja bermula.. 

si rama-rama yg terbang mengikut arus tiupan angin...
si rama-rama yg terbang bebas tiada penhujungnya...